Goreng EB Fish Finger mengikut arahan pada bungkusan.
Panaskan minyak masak dalam kuali dan tumis halia serta cili kering dengan api kecil sehingga harum. Tambahkan sotong kering carik dan tumis hingga wangi.
Masukkan air dan didihkan. Tambahkan asparagus dan EB Fish Finger yang telah digoreng, kacau rata.
Perasakan dengan ½ sudu teh garam, 1 sudu teh gula kastor, dan ¼ sudu teh lada sulah. Kacau rata dan sedia untuk dihidangkan.