Rebus kentang dalam air mendidih selama 15 minit sehingga empuk.
Toskan kentang dan kembalikan ke dalam periuk. Tambahkan campuran susu suam dan mentega sedikit demi sedikit, lenyekkan hingga halus dan berkrim. Perasakan mengikut citarasa.
Susun Jejari Ikan Alaska Pollock EB di bahagian bawah bekas pembakar.
Letakkan jagung muda, brokoli, dan lobak merah di atas jejari ikan.
Ratakan kentang lenyek di atas sayur-sayuran dan taburkan keju mozzarella di atasnya.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan pada suhu 180°C selama 8–10 minit atau sehingga keju berwarna keemasan.